22.4.12

Keju Buatan Melayu Tipikal

Hai sudah lama aku tidak berhai di sini. Besar betul harapan nak tengok komen yang merindui aku yang lama hilang.

Ini patut jadi kelakar yang sampai kepada yang membaca, tapi memang tak lah kan. Okaylah okay.

"Hai."

"Kau cari cara putar belitkan, kau jadikan diriku, kosong kosong"
"Wowo, wowo"

Akhir-akhir ni layan juga aku lagu Wawa Latep ni, atau nama betulnya Najwa Latif Youtube. Bukan Rosnah Mat Aris. Dalam 30 saat camtu memang tersenyum nipis aku layan lagu tu. Lepas tu terus aku berasa "sesal kemudian tidak berguna lagi". 

Macam aku layan radio cina mandarin dalam keadaan minda tidak sedar aku in-control. Tukar-tukar channel radio, dengar tamil terus tukar, dengar berita RTM terus tukar, sampai radio My FM berehat kat situ, lama-lama. Dah banyak saat aku layan, sampailah aku sedar aku tak faham satu apa pun radio tu bunyi, barulah aku tukar channel.

Channel Klasik Nasional. Nak nak lagu arwah Ahmad Jais yang keluar. Sedap lagu dia ni. Lambat aku suka kat lagu dia. Lagu segunung intan permata tah apa nama lagu tu aku tak ingat. Lagu tu aku bookmark dalam kepala.

Lepas tu, apa kena mengena dengan Keju? Buatan Melayu? Tipikal?

Takda kena mengena. Semua ni hanya direka untuk kepuasan duniawi. Tak memberi faedah langsung sebenarnya. Mungkin ada. Mungkin takda. Mungkin takde (sedar tak huruf a telah diganti dengan huruf e?).

Ok nak setat dah nak setat.

Apa yang aku perati sekarang, ramai betul anak muda sekarang yang suka post benda-benda cheesy di internet. Di laman profile maya dia orang. "cheesy" tu apa sebenarnya? aku rasa "berkeju" kot.

Cheesy mungkin bermaksud begini; "Sesuatu yang tidak sengaja kitschyrekatatau berkualiti rendahtetapi kelemahan ini pergi tanpa disedari oleh yang mendorong orang ramai berkata perkara."
(diambil bulat-bulat dari urban dictionary dan disuling dengan proses google translate dan disalin dan ditampal ke sini tanpa editing yang sempurna)

Dan, aku lihat mereka ini suka betul dengan benda-benda macam ni. Pada aku cheesy itu berkeju dan berkeju itu amat sedap dan nikmat dunia betul kalau dijamah, tapi kalau lama-lama kita jamah, benda tu jadi muak, muntah, dan dituduh macam-macam oleh jiran tetangga yang nak bertanya; "Ha, kenapa dah tu muntah-muntah? berbadan dua letteew"

Boleh tu memang boleh nak berperasaan keju camtu, tapi, janganlah kau add aku menjadi kawan maya, lalu kau tidak bertegur sapa, lalu dengan sekelip dua kelip tiga empat kelip mata post-post kau tentang perasaan kau yang amat tulus tu keluar berderet di halaman utama profil maya aku tu. Kembang tau tekak, kembang.

Bukan marah, tapi nak cheese sangat letak la kentang. Ni ada orang cakap suruh letak kentang baru jadi sedap. Cheesy Wedges. Menu kepci tu. Ah tak faham maka sudahlah.

Lepas tu kalau adalah sesiapa yang baca post ni pegilah komen, promot blog ni ke, dan lemparkan kata-kata pujian tentang blog ni. Cakap yang blog ni best ke apa ke. Ha, benda ni boleh jadi serius, boleh jadi main-main. Jangan bagi sampai naik angin. Dalam banyak-banyak angin, angin apa yang hangin? Siapa dapat jawab, aku bagi hadiah. Siap bungkus guna manila kad. Kamon

4 comments:

  1. ohhh lamanya abam arrr tak post entriii sungguh teruja membacanyaaaa kihkihkih :3

    ReplyDelete
  2. kahkahkah thanks aahh. kau sorg je ckp cmtu hari ni. :">

    ReplyDelete