12.5.12

\\\ This 23 is huge \\\

It's been 23 years my parent had taken care of me right? *I'm talking to myself.

Ya, sudah dua puluh tiga tahun dan masih lagi bercakap di dalam kepala. Creepy tak creepy tolak tepi. Yang penting seronok. Macam makan la, gemuk tak gemuk lepas tu, darah tinggi tak darah tinggi, yang penting sedap dan nikmat masa makan. You only live twice! #YOLT!

Antara beberapa benda yang tak banyak yang aku dapat lihat selama tahun-tahun kebelakangan ni adalah macam-macam. Macam-macam jugak sebenarnya macam-macam yang aku lihat ni. Antaranya adalah:

(10 markah, sila jawab dalam masa 1 hour 30 minutes)


1. luar itu takkan pernah jadi sama dengan dalam
2. tak semua faham, tak semua tak faham
3. bukan semua hati bersifat tisu, tak semua hati bersifat liverpool
4. kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi
5. kalau diri itu bagus dan mahu orang tahu itu, tunjukkan, jadi la pemenunjuk untuk kebaikan berpanjangan (ini boleh jadi sinis, boleh jadi sirius)
6. procrastination itu enak tapi keji
7. hak milik terpelihara orang lain lebih mudah diminta daripada hak milik tak terpelihara diri sendiri
8. teori "si tua lebih baik dan tak pernah salah" takkan pernah padam dari sejarah tanah air dan umur bukanlah sekadar nombor right? *ha-ha-ha
9. senyum itu menyejuk hati, tak senyum mengundang maki
10. pitis itu segalanya, dan segalanya adalah pitis, dan frasa "...segalanya bukan pitis" adalah frasa mengambil hati

Hakikatnya, sepuluh jenis perkataan berkumpulan di atas ni bukanlah segalanya yang aku lihat. Ini cuma sekelumit observasi yang dikonversi ke atas kertas maya. Amboi kemain "sekelumitkelumit-observasi-kertas-maya" habaq hang.

Selamat untuk semua, semoga kita sentiasa menjadi baik biarpun hati tokserr. 

No comments:

Post a Comment