6.3.12

Timun

"Nama saya Amran. Saya pelajar jurusan undang-undang. Saya suka makan udang. Walaupun nama sijil beranak saya bukan Amran. Saya tetap tekad mahu menggunakan nama ini kerana saya berdarah kacukan Pahang-Senegal".

"Baiklah, terima kasih Amran. Sila ambil tempat duduk awak di hujung meja sana ya", arah Encik Soberi pada Amran sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Langit. Langit adalah nama khas bagi tempat duduk Amran selepas Amran memperkenalkan diri tadi.

Amran berjalan perlahan-lahan menuju tempat yang diarahkan tadi.

Lantas Encik Soberi pun mencapai sebiji pisang awak yang berada di atas mejanya sejak dari pukul 1 tengahari tadi lagi. Sehelai demi sehelai kulit pisang awak dibuka Encik Soberi. Tanpa baca doa makan beserta makna dalam Bahasa Melayu, Encik Soberi santap sahaja pisang itu dengan beraninya. Sungguh pelahap Encik Soberi kelihatannya.

Memang padan dengan penampilan Encik Soberi yang seluarnya tidak mampu lagi dikancing itu, hanya mampu dizip. Itu pun sudah cukup bertuah jika zip itu berkualiti tinggi.

Tiba-tiba, Puan Nabiha mengetuk pintu Encik Soberi. Terkejut betul muka Encik Soberi dan Amran yang berada dalam bilik itu. Namun hanya muka mereka sahaja yang terkejut. Perasaan mereka masih mampu dikawal dengan tenang.

"Bapak, timun tu jangan dimakan begitu banyak ya, tidak bagus untuk kaum laki-laki. Ya kamu juga Arman."

Puan Nabiha ini masih belum berkahwin. Semua orang yang berada di daerah itu memanggilnya Puan Nabiha kerana memang sudah itu nama betulnya. Dia orang luar. Namanya Puan, manakala bapanya Nabiha. Sudah lama dia mencari sesuap nasi di negara ini. Di negaranya susah, kerana isteri pemimpin tertinggi negaranya mempunyai hobi membeli-belah yang kronik.

"Bapak Soberi, ini dia nasi lemak bersambal saya bawakan untuk hidangan sore bapak. Jamahla ya, saya berundur dahulu. Kebai."

Puan Nabiha keluar dari bilik Encik Soberi perlahan-lahan sambil mengundur. Sedang dia mengundur, "Bapak, timun tu jangan dimakan begitu banyak ya, tidak bagus untuk kaum laki-laki. Ya kamu juga Arman." Puan Nabiha melemparkan senyum nipis dan terus lenyap dari pandangan menuju ke bilik Encik Roslan di sebelah pula.

Nasi lemak bersambal hari ini kurang pedas. Hidangan semalam agak lantah nasi dia. Mungkin cepat sangat diangkat dari dapur rasanya. Sedap lagi makan di sini. Klik lah.

1 comment: