26.2.14

Kucar kacir

Haus;

Hilang waras bila kering,
Bila panas merengek-rengek mahukan air,
Bila sejuk merengek mahu haba,
Syukur hilang dari kitab translasi.

Kertas;

Hilang daya fikir,
Bila syukur diletak di bawah kaki,
Selalu juga dijunjung di paras kepala,
Hanya bila wang dikibas-kibas di depan mata.

Malaikat;

Mulut berkata riang,
Baik halal syurgawi,
Belakang lincah bermain api,
Muka terbelah.

Sorok;

Hati bermain-main sendiri,
Bila panas cari angin,
Bila basah cari teduh,
Senyum kelat sampai malam.

Otak,

Tulis macam tahi.
Khuatir jangan,
Risau pun jangan,
Boleh cuci.

No comments:

Post a Comment