15.4.13

Cara memegang tangan semut rumah yang terperangkap di dalam balang gula

Seringkali kita terlihat post-post blog yang berkongsi tips-tips cara memegang tangan kekasih what-so-ever bak kata pemudi-pemudi zaman la ni.

Akan tetapi, hari ini aku mahu berkongsi tips dan skill dalam proses untuk memegang tangan semut-semut di rumah yang terperangkap di dalam balang gula. Kadang-kadang balang gula tu boleh juga dikategorikan sekali dengan plastik tapewey (tupperware) yang digunakan untuk menyimpan gula kasar atau halus yang dibeli di Giant atau Tesco.

Perkara ini bagi aku penting sebenarnya. Walaupun nampak seperti remeh, benda ni penting sebab dia penting la kan. "Jangan melawan!!!!", teringat aku dengan sentence yang dikeluarkan oleh guru matematik ketika aku di bangku tingkatan 4 dulu.

Baiklah, kita teruskan dengan cara-caranya. Pertama-tama, kita kena pastikan ada semut yang warnanya hitam-hitam 'si tampuk manggis, walaupun hitam dipandang manis' telah terperangkap di dalam balang gula. Oh ya, pastikan gula itu manis ya. Barula logik kenapa semut nak masuk ke dalam balang gula itu.

Seterusnya, kita juga kena pastikan tangan kita telah dicuci dan dikeringkan. Jika tidak kering, dikhuatiri akan terlarut pula gula di dalam balang itu jika disentuh nanti.

Setelah dipastikan semua perkara yang telah disebutkan tadi, cepat-cepat capai kunci kenderaan anda dan pergilah ke Tesco, Econsave atau pun Giant yang anda berkenan dan carilah bunga cengkih, kayu manis dan chewing gum. Bayar semua barang itu di kaunter yang menawarkan pekhidmatan "bayaran untuk barang kurang dari sepuluh" bagi menjimatkan masa. Setelah selesai membayar, ambillah chewing gum dari dalam plastik barang tadi. Kunyahlah chewing gum itu ketika dalama perjalanan pulang ke rumah untuk meneruskan aktiviti awal tadi. Aktiviti kunyah chewing gum ketika pulang ke rumah ini adalah bagi mengelakkan perasaan bosan itu datang dengan mendadak.

Ok, pabila anda sudah sampai rumah, buka penutup balang tadi dan campakkan beberapa bunga cengkih dan kayu manis yang telah dibeli tadi ke dalam balang berisi gula dan semut hitam itu. Kuantiti bunga cengkih dan kayu manis itu adalah dalam kuantiti tidak kisah. Anda perlu agak-agak. Dah besar kan.

Selepas itu letak balang itu dekat dengan matahari. Jangan tutup rapat. Biarkan ada ruang. Lepas itu anda boleh tidur tengahari kejap. (Hanya digunapakai kalau waktu aktiviti ini dah tengahari)

Selepas itu, mungkin malam itu, atau esoknya bolehla ambil semula balang itu dan cek. Mungkin semut-semut hitam itu sudah berangkat pergi atau semut-semut hitam itu dah mati. Kalau rajin sila asingkan seekor demi seekor. (INILAH MASANYA ANDA BERPELUANG MEMEGANG TANGAN SEMUT-SEMUT HITAM ITU!)
Kalau tidak rajin, capailah kunci kenderaan anda lagi dan pergilah ke Tesco, Econsave ataupun Giant untuk membeli satu pek baru gula kasar atau halus pilihan anda.

Selamat mencuba!

Kelihatan maskot perempuan di peket gula ini sedang cuba memegang tangan semut

1 comment: