25.2.13

10 tanda-tanda anda sudah gemuk

1. cuba berdiri tegak, selepas itu lihat ke bawah, hanya separuh bahagian hadapan kaki anda saja jelas kelihatan, anda gemuk.

2. perut anda gatal-gatal, sering menggaru di khalayak ramai, dua tiga minit lepas sedap menggaru baru anda perasan tak patut anda selak separuh baju dan menggaru, anda gemuk.

3. anda update blog dua tiga bulan sekali, tapi makan ayam, burger dan cheezy wedges cap KFC hari-hari, anda gemuk.

4. aktiviti joging paling bagus yang anda buat adalah adalah mengikat tali kasut sukan di pintu rumah, lepas itu tanggalkan dan letak semula di rak kasut kerana mengah mengikat tali kasut, anda gemuk.

5. anda marah betul dan sangat sakit hati dan tak boleh dibawak berbincang dengan hashtag #bendaoranggemuktakbolehbuat di halaman twitter suatu ketika dahulu.

6. kepala tali pinggang yang dipakai bersama seluar denim anda patah, putus, dan tak sampai nak sangkut.

7. gepren anda cun.

8. suara anda sedap, menyanyi di bilik air sehingga merah bil utiliti oleh Syabas yang sampai di peti surat rumah. (anda ada lapisan nombor dua bawah dagu)

9. anda rajin menggosok baju walaupun baju itu sedang dipakai oleh anda ketika itu, kawasan yang sering digosok adalah di bahagian babat.

10. anda gemuk, makanya anda gemuk, sebarang argumen tidak akan dilayan.









p/s: tiada orang gemuk yang diapa-apakan di dalam pembikinan post blog terbaru ini.

p/s/s: penulis sedang berjuang melawan Saudara Lemak ibni Tepu yang sedang berjuang untuk memohon status penduduk tetap di perut penulis.

2 comments: