9.7.11

Ada Akai Pakailah Tok


"Anak2 sekalian peristiwa yg berlaku hari ini amat sedih utk org Islam Melayu. Ini negara dan tanah kita. Tetapi Islam Melayu lawan Islam Melayu. Kita perlu guna akal dan perlu ada kebolehan utk rawal apa yg boleh berlaku pd negara yg kita sayangi bila Islam Melayu lawan Islam Melayu. Marilah bersatu demi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara."

Ini adalahh tulisan seseorang yang mungkin betul pada seseorang, juga salah pada seseorang, terpulang.

Bagi aku, susah mau cakap.


Memang dah lama aku sakit bila aku baca status dari orang besar ni kat news feed aku. Aku "suka" page dia pun untuk mendapat maklumat terkini yang berkaitan dengan hidup aku bulan-bulan ke belakang ni.


Pada pendapat aku, kenapa nak agungkan sangat bangsa kau? Kau pun ada darah bangsa lain jugak kalau nak kira moyang-moyang kau yang dulu.


Kita semua ni asal dari satu bangsa, Adam. Ingat lagi tak?


Kenapa kau tak nak utamakan isu agama? Tegakkan segala benda berkaitan dengan agama kau? Dah suruh isteri pakai tudung? Agama kau ada suruh kau jadi racist? Kau marah kan dengan 'perkataan' tu? Terasa?


Bagus sangat lah bila orang-orang yang mengulas statement kau tu pun cuba nak kunci fikiran dia orang dalam kotak besi dan macam nak letak kat pusat bumi. Taknak kasi otak tu pergi jalan-jalan. Sempitkanlah ye fikiran tu sampai bila-bila.


Orang bercerita pasal sikap buruk orang yang memimpin. Kau pulak bercerita pasal orang yang tak suka sikap pemimpin kau tu. Bagus sangat lah.


Orang kena pukul sebab nak suarakan 'SUARA'. Kau pulak sibuk tengok orang menyanyi. Baguss.


Okay, aku dah habis marah. Kalau cikgu 'patriotik' aku baca ni mesti dia pulak akan cuba brainwash kami-kami ni dengan habuk-habuk dia.


Kbai.


p/s: kenapa atok goyang-goyang badan je masa senamrobik hari tu? tau tak kitorang tunggu sampai berejam-rejam? 

2 comments: