25.6.11

Cepen - TV1 tidak punya otak (Bhg. 1)

Semalam sampai-sampai saja di rumah, Kamaruddin terus menghempaskan tubuh kurus keringnya yang tidak ubah seperti fizikal sekeping chapati, ke atas sofa di ruang tamu rumahnya.

Kamaruddin menyewa di kawasan rumah flat kotak sekitar Cheras.

Pantas saja tangannya mencapai remote Astro B-yond yang baru sahaja dilanggankan olehnya kelmarin.

Dipicit-picit keras remote itu sehingga 3 digit cenel pilihannya muncul di dalam telibisen 14 incinya.

"Ah.. takda otak lah Astro nih, kenapalah kena letak ratus-ratus baru boleh tengok TV?" rengus Kamaruddin penuh kesal.

101

TV1 muncul di telibisen Kamaruddin. Kamaruddin buat muka ibu mertua garang sebab tersalah tekan.

Tiba-tiba...

No comments:

Post a Comment