Showing posts with label ceriken. Show all posts
Showing posts with label ceriken. Show all posts

29.2.12

Kenapa kau menguap Mahathir?

"Orang tak berotak! Pergi kau ke luar sana! Balik India! Jangan kau kembali ke kampung kami ni", herdik pakcik penolong ketua kampung Kampung Bersereberum Utara tu pada Mahathir. Mahathir dituduh mencuri anak penyu belaan Ketua Kampung.

Tengah-tengah Mahathir diherdik-herdik, pikiran Mahathir melayang.

Malam tu hujan renyai.

Mahathir macam biasa melepak di kedai Pak Mail XPDC hujung kampung. Dekat dengan laut. Walaupun orang panggil "laut", tapi tak pernah siapa dapat merasa angin laut kat situ. Sebab memang tak pernah ada laut betul pun.

Tengah-tengah Mahathir menghisap slow and steady rokok daunnya itu, pikirannya terawang-awang mengenangkan pekerjaan lamanya. Mahathir dulu pernah jadi cikgu sandaran dekat sekolah kampung sebelah.

Tiba-tiba seorang lelaki bertubuh tinggi dan berkumis nipis menepuk bahu Mahathir. "Aduh, terkejut aku!", Mahathir tegas memberitahu apa yang dia rasakan ketika itu. Habis terganggu aktivti Mahathir memterawang-awang. Yang menepuk bahu Mahathir tadi namanya Awang. Awang memang suka menepuk bahu orang-orang kampung secara rawak.

*KELEPAK!*

Sekali lagi bahu Mahathir ditepuk kuat. "Apa yang kau berangan tu Mahathir? Aku tengah cakap dengan kau pasal anak penyu tadi, kau buat tak layan saja? Kurang ajar punya Mahathir", pakcik penolong ketua kampung menyambung marahnya terhadap Mahathir. Kelihatan seakan-akan sangat tidak puas hati lagi.

Lantas Mahathir berdiri dan memandang tepat ke arah mata pakcik penolong ketua kampung itu, dan mula memberi fakta-fakta yang betul baginya. "Pakcik, usahlah pakcik memarahi saya lagi, kerana saya sudah muak dengan semua ini, eloklah pakcik duduk, dan mengambil air sembahyang."

Mahathir berjalan ke arah ketua kampung yang bermuka monyok sedari tadi, lantas memberinya anak penyu milik ketua kampung tu kembali ke atas tapak tangannya. "Saya tak ada mood dah nak jaga anak penyu tu. Jangan kacau saya lagi. Lain kali anak penyu tu jaga elok-elok. Jangan biar bersosial tak tentu arah sampai ke kedai Pak Mail XPDC hujung kampung nun", tambah Mahathir lagi.

Mahathir terus berjalan di tengah jalan kampung yang nipis tarnya itu dan menuju ke arah matahari terbenam, tidak menoleh langsung ke belakang. Pakcik penolong ketua kampung tadi seperti berasa keliru mahu berasa bersalah atau tidak kerana memarahi Mahathir tanpa usul periksa, lantas terus menghidupkan motor Hondanya dan terus balik rumah untuk makan nasi.

Lakaran kasar wajah anak penyu itu

9.12.11

Ceriken (part I)

Sampai2 je kat rumah pakcik tadi, aku terus salam cium tangan dia. Ada bau kari sikit. Kari ikan. Ada iras2 serbuk cap adabi aroma kat tangan.

Kat ruang tamu anak dia main cerita thai. Aku macam pernah tengok je rasa-rasa. Tak silap aku H2 Oh, heroin dia yang main filem nang nak dulu2 tu. Pernah main cerita sumo lah afdlin shauki jugak aku rasa.

"Wawa, bawak sirap semalam dengan biskut kering ke depan ni haa!" jerit pakcik tadi mengiblat ke dapur dia. Boleh tahan terenjut sikit aku dari sofa lembik dia tadi gara-gara terkejut.

Tak selang 10 minit lepas tu seorang anak gadis sangat lawa seri wajahnya dengan t-shirt bertemankan kain batik bawak dulang tergedek-gedek keluar dari dapur.