16.1.17

Kadang-kadang... anda mahu lagu itu saja. Tak tak. Saja aku ajuk iklan spotify. Premium dah habis, iklan Ayda Jebat pun dah habis kontrak. Syukur. (Tak, tak. Tak benci. Kurang minat je. Maybe beberapa tahun akan datang boleh la dengar dan tengok dia).

Jenis "kadang-kadang" yang aku nak karang kali ni sebenarnya jenis yang ilmiah sikit. Atleast to me la.

Kadang-kadang bila kita dapat dugaan, kedukaan ke, kemiskinan ke, kena marah dengan mak ke, makwe lari ke, PTPTN kejar ke, tak shorlisted dream job ke, Astro kena potong ke, kena tukar minyak hitam lagi padahal baru tukar ke, motor susah nak start pepagi ke. Kita lupa, dan kita lupa yang kita lupa kita diingatkan dalam jenis-jenis peringatan macam yang aku bagi contoh tadi. Sebabnya, bila kita dapat duga-duga macam tu, barulah kita akan mula mengaji kitab suci dengan kerap, dengan ikhlas. Mulalah doa-doa yang jarang gila diamal mula diamal. Doa murah rezeki, doa dapat angkat Tekken 250CC, dapat naik 50% gaji, semua segala doa dah dibaca dan diharap makbul.

*****

Cerita dia sekarang, rilekla. Susah senang ingat tuhan. Kurangkan marah dan makan berminyak serta gula.

*****

Jumpa quote dari seorang makwe insta dalam bahasa inggeris yang aku nak melayukan ni: "Hidup bukan dek puji, tak mati dek keji." Boleh tahan menarik quote tipikal macam ni.

N/K: "Ya iyalah..." - Penulis ironi, 2017, 12.05AM.

No comments:

Post a Comment