30.1.17

Iklan yang menjengkelkan

Anda tahu makna iklan? Secara asasnya iklan diperlukan untuk memasarkan sesuatu yang ingin dijual.

Di Spotify, aku tahu aplikasi ini percuma. Akan tetapi, terlalu banyak iklan paksa yang disuap ke telinga pengguna aplikasi ini. Ini secara ikhlasnya ditujukan kepada iklan lagu baharu Ayda Jebat, dan Fattah Amin. Jengkel itu hadir secara pukal. Lirik "Menghari-menghari" bergema. Haru betul. Regulasi Spotify tidak membenarkan pengguna untuk melangkau iklan. Terima sajalah. Jika bijak, senyapkan audio atau cabut saja fon telinga dari telingamu.

Berbalik kepada erti iklan, iklan-iklan berterusan itu sebenarnya dilakukan kerana perhatian. Mereka perlukan perhatian. Business needs attention, skills without skills to sell it is just useless. Ada positiviti dalam negativiti. Kita hanya perlu teruskan menggali. Keep digging on.

Kalau penyanyi-penyanyi yang ku sebut atas tadi terbaca la thread ni kan, no hard feelings brosis!

Aman.

No comments:

Post a Comment