6.11.16

Kepedulian

Perkara 1:

Tak ada manusia pernah peduli kepada manusia lain. Sekurang-kurang dengan hati yang penuh. Baik, peduli si ibu dan si bapa kepada anaknya adalah terkecuali di sini. Tapi terkadang ada yang tergolong dalam lingkaran tak peduli ini. Manusia cuma peduli bila mereka perlukan sesuatu. Tertarik untuk mendekati apabila memerlukan khidmat. Ini tak berkait langsung tentang hubungan romantis! Cerita ini lebih mirip ke arah kesahabatan. Atur perkataan ini dengan apostrophe untuk makna yang lebih tepat. Tiada manusia mahu susah. Semua ingin senang. Pabila khidmat itu didamba. Ayat-ayat bermadu mula diatur agar kesempatan dapat dikecap. Pabila si pemberi bantu ini pula berada di dalam gaung, terkapai meraba mencari tangan yang menyambut. Berundur dan berpaling. Dan itulah perkara wajib dilaku. Dirasai oleh si susah yang pernah menghulur. Tapi apa lagi mahu diharap. Sudah memang azali begitu. Hati takkan sama likat dengan tubuh yang duduk di sebelah. Lagi jauh harapan bila ada di seberang. Begitu. Manusia meratap. Merayu. Mengadu. Mungkin lega terasa. Tapi seketika cuma. Bertemu penghibur. Menghibur. Seketika. Jika dirasa lama dan akan kekal. Buang saja rasa itu. Kembalikan diri untuk merasai semua itu adalah: seketika. Tiada harapan. Tiada yakin. Agar sentiasa gagah. Biar tiada sebarang penanda di kepala, yang menyata engkau: si baik rupa. Cukup di dalam kalbu. Manusia membaca luar. Di dalam yang jelas memang akan dilangkau. Langkau sampai lupa. Habis.

Nota kaki: Semua merepek!
Penafian: Si pemberi peduli, meminta harap dan pemberi, semua bukan aku. Aku cuma pemerhati.

*****

Perkara 2:

Koyakkan segala kata di Perkara 1. Ingat. Ada yang selalu peduli. Tak berhenti. Kadang tak jelas. Namun ada. Walau engkau tak peduli sedikit. Dia masih ada. Tak pernah hilang. Jangan hilang yakin. Jangan hilang harap. Sentiasa letak pada itu. Siapa?

Tuhan.

Nota kaki: Menulis membikin segelintir berfikir, melayang, mendamba yang hilang, menerawang, terhenti kaku, ataupun, mati. Pilih pilihan pertama: berfikir.

Aku, 2016

No comments:

Post a Comment