1.6.13

Bual bicara

"Kompiter aku lembab, boleh tak paham?", jerit perlahan aku pada Bill Gates.

*****

Sedari petang semalam Bill sibuk memanggil-manggil di depan rumah. Bertanyakan bila nak siap projek yang katanya berbilion-bilion tu. Mak pun dah mula bising pada aku kenapa tak diajak orang putih rabun tu ke dalam. "Apa salahnya dibuat kopi secawan dengan biskut Cap Ping Pong untuk tetamu", kata mak pada aku. Aku buat dek aje. Bukan mahu menjadi Tanggang, cuma kalau dilayan karang bertambah pulak masalah. Sudahlah kompiter aku sudah serupa siput babi, kalau ditengoknya projek dia tak jalan-jalan, tak ke arwah aku nanti?

Pujangga pernah berpesan, "Kita hidup kena sedar diri, barulah boleh bangun sembahyang Subuh jemaah di masjid negeri."

Kucing belakang rumah buat suara serupa budak. Mintak makan.

2 comments: