30.9.12

Kelibat blog cakapsatusatu di Android


Begini rupanya apabila blog aku di layari di gadget yang menggunakan android. "Coolnyee!! Adoi.. sakit", reaksi seorang budak kecil kelahiran Klang Valley yang memekik lalu ditamparyaki oleh aku dengan penuh niat yang baik. Ya, aku rasa macam cool. 

Oleh itu marilah kita membeli telefon pintar kerana Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membentangkan belanjawan pilhanrayanya tempohari yang memberi RM200 untuk kita anak muda yang sudah cukup umur untuk mengundi parti biru asas.

Mungkin nafsu untuk membeli iphone terbaru harus dibantutkan buat seketika ini. Seketika juga memberi maksud lama.

Selamat mengambil peperiksaan PMR pada 9 haribulan ini dan selamat hari isnin dan bersabarlah dengan pak guard di institusi pengajian masing-masing. Semoga bangun sembahyang subuh pagi esok sahabatku yang baik. Kaf ba alif ya. Kbai.

No comments:

Post a Comment