12.2.12

Evra, Anderson, dan Roti Bakar

Kenapa Evra melompat-lompat keriangan seolah-olah hilang pedoman selepas perlawanan Manchester United lawan Liverpool tempohari? Skor yang berkesudahan dengan 2-1 jika tidak ketahuan.

Penatkan membaca banyak perkataan dalam satu nafas? Tapi ini sebenarnya cukup bagus untuk latihan bagi bakal-bakal pengantin lelaki yang kena lalui akad nikah karang.

Okay, kembali kepada kopi o kurang gula. Aku kena bagitau pakcik ni, nampak macam tak buat. Order dah 15 minit sharp dah.

Apa-apapun aku tak suka Anderson sebab rambut dia dan dia gemuk. Aku pun gemuk tapi, ah suka hati la nak benci dia. Eh tak benci, tapi tak suka.

Ha, Evra ni memang aku dah lama tak berkenan. Sejak dia sibuk suruh Nasri masuk Man U hari tu lagi. Menyampah betul. Huh. Jika aku jumpa dia aku akan PUIH! Dia tak tau aku ni panglima perang. Dulu pernah praktikal di kedai gula perang.

Lagu Muse ni sedap. Resistance. Seronok benar mendengarnya. Pergi google lagu ni sekarang, lepas tu menari sorang-sorang dalam gobok. Jangan lompat-lompat keriangan sangat.

Kesimpulannya Evra hitam dan aku sawo matang dan Suarez putih. Ini yang menjadikan Malaysia ini negara majmuk. Takkan nak semua sama kaler kan? Dan kebanyakan telefon bimbit masa kini berkaler hitam. Hitam-hitam si tampuk manggis, dipanggil hitam nanti kena gantung perlawanan dipandang manis.

Come on you meriam.

Pasal roti bakar aku tak cerita pun.

3 comments: