12.8.11

Makwe petronas, touch and go

Balik makan chicken cheese dekat pekan kajang tadi, aku dan parents terus sahaja memacu laju motokar empat roda milik saudara tuaku ke Kedai Tuang Minyak milik Petronas Berhad berdekatan highway sebelah rumah.

Memang penat baca ayat panjang dengan satu nafas.

Chicken cheese tadi mamak yang buat. Kat Tamil Nadu memang ada satu gudang bikin kursus untuk masak-masak western ni aku dengar.

Okay, setibanya di Petronas tadi, mak pun hulur not 50 kepadaku. Aku gapai dengan tangan kanan. Lebih berkat katanya. Serentak itu tangan kiriku menyeluk ke dalam poket punggungku dan keluarkan kad mesra dengan mataku melihat keliling takut-takut ada makwe Petronas baru balik kerja.

Kedai Shell tadi tutup. Niat di hati mau saja isi di sana kerana ada ura-ura Kedai Tuang Minyak Petronas seluruh negara suka tipu orang Melayu. Orang Cina pun selalu kena tipu. Biasa bayar 20 ringgit, minyak dapat  15 je. Kan haram begitu? Sejak dari tulah.

Aku pun berjalan kaki ke kaunter untuk bayar. Brader2 Myanmar yang bersidai sebelah pam dah balik agaknya. Tak nampak kelibat, siang-siang pun jarang gak nak nampak sebab terlindung cahaya.

"Aiseh, ada makwe cun tudung lah pulak shif tengah malam ni"

Aku hulur kad 'mesra' dan not 50 tu pada makwe manis dalam bilik cermin sambil aku cakap nak isi 30.

"Takpe ye bang kena caj 31 eh bang?"

"Errr, kenapa eh?"

"Sebab ni kena 2 kali transaction"

Aku ye kan je la sebab perhatian dah beralih. Aku pun tengoklah makwe tu buat kerja. Sebelah dia ada budak lelaki partner dia godek-godek kaunter dia. Aku tak suka lelaki tu tiba-tiba.

Eh, lain macam je makwe ni. Sekali dia pergi top-up Touch N' Go aku daa. Ah celaka. Aku silap bagi kad. Nak mintak mak duit lain kantoi la aku malu ni. Kenalah bayar minyak guna duit sendiri. Aku slow talk dengan makwe tu, aku mintak isi minyak pam 14.

Pastu, signboard McD sebelah Shell menyala.


No comments:

Post a Comment