28.7.11

Safee, KhairulFahmi & RTM



WOO! Hebak-hebak... Safee dengan Khairul Fahmi memang hebat main tadi. Tapi, sayang yang betul-betul hebat diorang ni je lah. Nak tambah lagi sorang dua Kunalan dengan Amirul Hadi tu. Singapore memang sangat haram permainannya, tapi diorang memang hebat. Tak perlu lah nak bagi alasan player diorang ni tak ori lah, apa lah. Kalau nak fikir balik, nanti kalau layak ke Piala Dunia tu, tak ke kena lawan dengan player mat saleh jugak? Defend Malaysia memang sangat harom. Sakit hati je kot orang yang tengok tadi. Pengulas kat Astro Arena tadi pun tahan je kot. Mestilah kena tahan kan, tu pun tadi ada gak sound tipis2. Haha.


Lakonan mamat goalie SingaPURA tadi boleh tahan mengundang orangkawin kemarahan lah jugak plus dengan nombor 11 tu, dengan Jantan, <-- aku ingat nama dia sebab klasik nama mamat nih, haha. Tapi biasalah, mana2 team yang ada advantage macam Singapore tu akan buat perangai macam diorang gak. Lambat2kan game, jadi pelakon sinetron kejap, biasalah semua tu. Slack si ref jugak la kan. Tak perlu nak layan sangat. Tak payah nak bengap sangat.

Despite Khairul Fahmi yang berkontroversikan ala2 John Terry, Ashley Cole di luar padang, beliau bermain dengan sangat memberangsangkan! Ayo 1Malaysia menjulang Datuk Seri 1Malaysia kerana beliau selaku peminat No. 1 pasukan kebangsaan. Apasal tetiba lak nih kan? *muntah*

Ha, tadi takda kerja sibuk tukar channel 101 kejap, dengan niat nak dengar ulasan Hasbullah Awang lak macam mana. Tapi, :(. Bedebdodoh! Apa ke bengap tengah tengok player lari sana sini, boleh pulak pop out muka Datuk Seri Najib berfesyen rambuat Zinedine Zidane itu. Bangang. Ah tak, Zidane much better. Bila pulak aku nak tengok muka Datuk Seri time2 ni? Tak habis2 nak menjilat RTM ni. Sukan biarlah sukan, takpayah nak jilat sangat. Ishhh, kan saya dah marah. HEE. ^_^

Tahniah Harimau Malaya, tahniah Datuk (lepas ni tak kena tarik ke?) K. Rajagopal dan lain2. Anda bermain baik, dan buruk. Say gudbai to Brazil.



No comments:

Post a Comment